-->
❀◕ ‿ ◕❀  Akukah Princess Itu ?

snow

Followers

Blog Archive

  • ▼  2011 (32)
    • ▼  November (17)
      • Selamat Hari Raya Haji
      • Suka~Suki ambik 2x
      • Resepi Nasi Goreng Black Paper
      • Resepi Ayam Goreng Berempah
      • Resepi Sate Ayam
      • Resepi Spaghetti Meetball
      • Resepi Roti Jala
      • Cornflakes Chocolate
      • Resepi Donut
      • Resepi Karipap Daging Rangup
      • Ayam Goreng Tepung
      • Resepi Puding Coklat
      • Coklat Buatan Sendiri
      • Resepi Ais Krim Coklat
      • Butter Cookies
      • Resepi Kek Cawan Coklat Cara Mudah
      • Resepi Kek Coklat
    • ►  October (15)

Tuesday, 1 November 2011

Resepi Donut

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )

  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.
Posted by Princess at 23:08 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Resepi Karipap Daging Rangup

Bahan-bahan ( 50 biji )

  • Bahan Inti :
  • 500 g kentang - dipotong dadu
  • 300 gm bawang besar - dipotong dadu
  • 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
  • Tumbuk Lumat :
  • ½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ sd besar jintan manis
  • 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
  • 2 sudu besar minyak
  • ½ batang besar kulit kayu manis
  • 2 sd teh gula / secukup rasa
  • 1 sd teh garam / secukup rasa
  • 350 ml air
  • Doh Karipap :
  • 500 g tepung gandum - diayak
  • ½ sd besar garam
  • 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
  • 1 biji telur
  • ½ cawan ais
  • 250 ml air
  • Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai

Cara-cara

  1. Inti :
  2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
  3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
  4. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
  5. Doh :
  6. Masukkan tepung dalam mangkuk.
  7. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
  8. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
  9. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
  10. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
  11. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
  12. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
  13. * Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.
Posted by Princess at 23:04 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ayam Goreng Tepung

Ayam Goreng Tepung


Bahan Untuk Perap Ayam
  • 6-8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
Bahan untuk tepung
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.
Posted by Princess at 22:58 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Resepi Puding Coklat




nak rase??? haha....sory...dah abislah.....pagi aq buat....petang dah abis....tak pe korang pun boleh buat sendiri....

yang aku buat hanyalah separuh dari resepi yang kat bawah ni...hehe...



Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( saya letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
* psssttt! ..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan



k selamat mencuba...
bubbye....
Posted by Princess at 22:50 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Coklat Buatan Sendiri

Bahan-bahan ( 90 biji )

  • 1paket coklat jenama LeBOurne (syor)
  • acuan coklat (boleh dibeli di kedai bakery supplies)
  • bekas stainless steal untuk proses double boil coklat
  • Piping bag (plastik segi tiga)
  • Badam yang telah digoreng (sebagai hiasan)

Cara-cara

  1. Panaskan bekas stainless steal, kemudian masukkan kepingan coklat untuk dicairkan.
  2. Masak coklat tersebut secara double boil sehingga coklat tersebut cair dan licin.
  3. Apabila coklat sudah cair, masukkan coklat cair tersebut kedalam piping bag dan paipkan coklat tersebut ke dalam acuan coklat
  4. Kemudian, bekukan coklat tersebut di dalam freezer selama 5 minit.
  5. Dah siap! Keluarkan coklat tersebut dengan hati-hati ya!
Posted by Princess at 22:46 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Resepi Ais Krim Coklat





Emppp syedap...! Kalau tak caye cubelah. Rasa macam yang kat kedai tu... betul...!
Seperti yang dijanji pada kawan, Sya dan kakak... inilah gambo dan resepi ais krim yang aku buat smalam.



BAHAN

2 1/2 cawan coffeamate (tepung krimer)
250 ml susu segar
1/2 cawan gula pasir
*Perasa coklat (Emulco)
- Optional (Kalau tak suka coklat,boleh tukar ke perasa lain)

CARA-CARA

>> Satukan coffeamate (tepung krimer), susu segar dan gula pasir. Pukul sekadar disebatikan.

>> Simpan dalam peti sejuk bahagian freezer selama 1 1/2.

>> Keluarkan dan letakkan *coklat emulco. Pukul lagi dengan kelajuan maksimum selama 10 minit atau sehingga adunan menjadi pekat dan gebu.

>> Masukkan dalam peti sejuk bahagian freezer semula. Biarkan beku.

~ Selamat Mencuba ~
Posted by Princess at 22:32 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Butter Cookies

Dah lama saya buat cookies ini tapi malam ni baru dapat saya masukkan gambar dan resepinya ke dalam blog resepi saya ni.
Saya memang peminat Nigella Lawson , chef cantik lawa yang cara masakannya sama macam saya juga iaitu main campak-campak saja hehehee...... ( jangan ikut cara saya ya...ikut sukatan yang betul ) ....
Bila tengok episod Nigella buat cookies ni , saya pun teringin nak cuba maklum la raya dah nak dekat ni walaupun kena puasa dulu kan tapi saya nak cuba cari resepi cookies yang mudah dan cepat disiapkan dan resepi Nigella ni memang cepat dan sedap cookiesnya...
Saya malas la nak re-type balik resepinya soo...saya copy and paste je resepi ni dari website Nigella sendiri , kalau sapa-sapa yang nak macam-macam lagi resepi pegi saja ke sana...
Kali ni saya tak ambil pulak gambar step by step proses saya buat cookies ni kira ikut mood , kalau rajin saya ambil banyak gambar masa tengah masak kalau tak hanya bila dah siap masak baru saya ambil gambar makanan tu . So , kali ni hanya gambar cookies yang dah siap saja saya ambil ...


Ingredients

Cookies:

  • 6 tablespoons soft unsalted butter
  • 1/2 cup sugar
  • 1 large egg
  • 1/2 teaspoon pure vanilla extract
  • 1 1/2 cups all-purpose flour
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon salt

Icing:

  • 2 to 3 tablespoons just-boiled water
  • 1 cup confectioners' sugar, sifted
  • Food coloring, preferably pastes
  • Special equipment: cookie cutters

Directions

Preheat the oven to 350 degrees F.
Cream the butter and sugar together until pale and moving towards moussiness, then beat in the egg and vanilla. In another bowl, combine the flour, baking powder, and salt. Add the dry ingredients to the butter and eggs, and mix gently but surely. If you think the finished mixture is too sticky to be rolled out, add more flour, but do so sparingly as too much will make the dough tough. Form into a fat disk, wrap in plastic wrap, and let rest in the refrigerator for at least 1 hour.
Sprinkle a suitable surface with flour, place disk of dough on it, and sprinkle a little more flour on top of that. Then roll it out to a thickness of about 1/4-inch. Cut into shapes, dipping the cutter into flour as you go, and place the cookies a little apart on 2 parchment or silpat lined baking sheets.
Bake for 8 to 12 minutes; obviously it depends on the shape you're using and whether they are on the upper or lower shelf, though you can swap them around after about 5 minutes. When they're ready expect them to be tinged a pronounced gold around the edges; they'll be softish still in the middle, but set while they cool.
Remove the cookies with a flat, preferably flexible, spatula to a wire rack. When they are fully cooled, you can get on with the icing. Put a couple of tablespoons of not-quite-boiling water into a large bowl, add the sieved confectioners sugar and mix together, adding more water as you need to form a thick paste. Color,as desired. I think pastes are much better than liquid, not just because the range of colors is better but because they don't dilute the icing as they tint. Ice cooled cookies, as desired.
Posted by Princess at 03:24 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

My photo
Princess
View my complete profile

My banner

*Copy And Paste it into your blog ok?:)

facebook

LieyLiey KeDah

Create Your Badge

Facebook Badge

hang rasa hang hidup lama dah ka?awt hang nk rasa mkn nasi guna straw ka?

Promote Your Page Too

ctrl+c

welcome


Link Pelangi

tulisan

bubles

button


" />
V

background

code foolow

Top Up

hide

[Tutup]

ShoutMix chat widget
Theme images by jusant. Powered by Blogger.